B'KAMUS

B'KAMUS
Merupakan program baru yang diperkenalkan oleh GPM dan dikendalikan oleh GPM. Program ini diperkenalkan memandangkan ramai pelajar yang tidak tahu menggunakan kamus. Program ini mengambil masa selama 30 minit. Ianya dijalan secara kuliah. GPM menghadkan peserta setiap sesi iaitu 10 orang sahaja. Ini memandangkan bilangan kamus yang terhad dan kekangan masa. Sebelum sesi bermula, peserta B'Kamus perlu mendaftar nama seperti mana situasi kursus dijalankan. Kehadiran peserta akan di ambil.
     Sekiranya peserta telah menguasai kemahiran menggunakan kamus, maka peserta baru pula akan diambil dan begitulah seterusnya. GPM juga akan memanggil peserta yang telah mahir membantu peserta-peserta baru bagi menjimatkan masa dan membentuk sifat kepimpinan terhadap pelajar.
     Objektif program ini adalah untuk mengurangkan kadar buta kamus di kalangan pelajar. 10 orang peserta sudah memadai bagi setiap sesi, kerana aktiviti pembelajaran seperti ini dengan sendiri akan tersebar di kalangan pelajar itu sendiri semasa aktiviti P&P dijalankan di dalam kelas.